Wednesday, June 16, 2010

korea utara...

Aku dari awal sebelum world cup ni bermula memang nak tengok sangat team korea utara bermain. Aku pun tak tau kenapa. walaupun aku tahu team Korea utara yang 80% pemainnya bermain di negaranya sendiri ni menghadapi Brazil yang rata2 pemainnya memiliki skil tersendiri. Aku tetap sokong Korea Utara yang negaranya boleh digelar sebagai pemerintah Stalinist terakhir di muka bumi ni.. Walaupun  Korea Utara bermian ultra-defensive tetapi dia mampu membuatkan penyokong Brazil tidak duduk senang.Masih mampu membuat counter-attack Jaringan gol oleh Ji Yun-nam minit ke-89 telah merapatkan jaringan gol kepada 2-1.

Sebelum perlawanan ramai yang predict Brazil boleh memenangi perlawanan ni lebih 4-0 dan ini membuktikan yang Brazil memang mengalami kesukaran jika bermain dengan team  ultra-defensive seperti di kualifikasi yang dipaksa Bermain tanpa jaringan gol oleh Bolivia, Colombia, dan Venezuela dinegaranya sendiri,. Apapun..tahniah buat korea utara kerana korang membuktikan walaupun takder skil tapi masih boleh bermain dengan semangat kenegaraan yang tinggi, fair-play, stamina yang tinggi. 

p/s: malaysia kena belajar ngan korea utara